Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand sambut 1 juta pelancong China dari Januari hingga pertengahan Mei

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand menerima kedatangan satu juta pelancong China dari Januari hingga 18 Mei lalu selepas sempadan negara itu dibuka semula.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri dalam satu kenyataan pada Ahad (28 Mei) berkata
Thailand menjangkakan sasaran 5 juta pelacong China tahun ini dapat dicapai, dengan perbelanjaan bernilai 446 bilion baht (S$17.8 bilion).

Sekitar 274,000 pelancong China melawat Thailand tahun lalu, berbanding 11 juta semasa tempoh sebelum pandemik pada 2019, atau sekitar 28 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing adalah 9.47 juta dari Januari hingga pertengahan Mei, berbanding 11.15 juta pelawat yang dicatat sepanjang 2022.

Ekonomi Thailand berkembang lebih pesat daripada jangkaan pada suku pertama, didorong peningkatan berterusan sektor pelancongan yang juga sumber utama pekerjaan yang terjejas pandemik COVID-19 sebelum ini.
 
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan