Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand sahkan kes pertama cacar monyet di Phuket

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand sahkan kes pertama cacar monyet di Phuket

Para pengunjung memakai pelitup di Pantai Patong di Phuket, Thailand pada 14 Ogos 2021. (Gambar: Jack Taylor/AFP)

Diterbitkan : 22 Jul 2022 09:31AM Dikemas Kini : 22 Jul 2022 06:46PM

BANGKOK: Thailand mengesahkan kes pertama cacar monyet, iaitu seorang warga Nigeria berusia 27 tahun, yang baru sahaja memasuki Phuket dari Nigeria. 

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, lelaki tersebut sudah sakit selama kira-kira seminggu dan dimasukkan ke hospital privet di pulau tersebut. 

"Pesakit tersebut mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selesema dan ruam. Dia diuji positif cacar monyet menerusi ujian tindak balas rantaian polimerasi (PCR) pada Selasa (19 Jul)," kata Dr Opas dalam satu kenyataan. 

Jawatankuasa Kawalan Penyakit Nasional mengesahkan pada Khamis (21 Jul) bahawa ia merupakan kes pertama cacar monyet di Thailand. 

Dr Opas berkata, penguasa kesihatan sudah diberi arahan untuk mempertingkatkan pemantauan agar dapat membendung penularan cacar monyet. 

Cacar monyet, iaitu satu penyakit virus, berlaku khusunya di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Barat. 

Jumlah kes cacar monyet yang dilaporkan di kawasan lain di luar negara Afrika Tengah dan Barat semakin mengingkat sejak awal Mei. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (21 Jul) menghimpunkan Jawatankuasa Darurat Cacar Monyet untuk menilai kesan-kesan penularannya di pelbagai negara ke atas kesihatan awam sejagat, sedang kes sedunia menjangkaui 14,000, dengan enam negara melaporkan kes pertama minggu lalu. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan