Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand sahkan kes baru cacar monyet babitkan wanita; 5 kes setakat ini

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaru cacar monyet di Thailand, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah lima orang.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkawinpong berkata wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan dipercayai terjangkit sebelum tiba di Thailand. 

“Wanita itu mengalami gejala sebelum tiba di Thailand.

“Setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya.

“Dia kemudiannya dibawa ke hospital. 

“Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan sudahpun mengenal pasti dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan disenaraikan sebagai kontak rapat.

"Pegawai kesihatan sedang mengesan para penumpang itu dalam usaha membendung penularan cacar monyet," katanya.

Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket pada 18 Julai.

Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya. 

Dia kemudiannya ditemui di Phnom Penh dan dirawat di hospital.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan