Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand rancang tangani COVID-19 sebagai endemik

Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini meskipun usaha memerangi gelombang kelima jangkitan koronavirus di negara itu masih berterusan.

Anggaran Waktu Membaca:

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand merancang untuk menangani COVID-19 sebagai penyakit endemik tahun ini meskipun usaha memerangi gelombang kelima jangkitan koronavirus di negara itu masih berterusan.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata pihak berkuasa Kesihatan Awam mengumumkan rancangan mereka untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan berkesan ketika Thailand memasuki tahun ketiga memerangi COVID-19.

“Pihak berkuasa Kesihatan Awam akan mengurus gelombang jangkitan ini untuk membolehkan peralihan COVID-19 menjadi endemik apabila lebih ramai penduduk membentuk imuniti,” katanya di sidang media pada Jumaat (14 Jan).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata COVID-19 hanya boleh menjadi endemik apabila virus itu kurang teruk dan terkawal melalui kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

“Kami menjangkakan penyakit itu akan menjadi endemik tahun ini. Bukanlah dalam waktu terdekat. Kami akan menganggap COVID-19 sebagai endemik apabila ia boleh dikawal dan kadar kematian adalah rendah.

"Kami melancarkan kesedaran awam agar orang ramai faham bagaimana untuk hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik," katanya.

Beliau menambah bahawa negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat juga menjangkakan COVID-19 mungkin beralih menjadi endemik.

Pada Selasa (11 Jan), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya tidak menganggap COVID-19 sebagai endemik berbanding pandemik kerana penyebaran varian Omicron masih belum stabil.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan