Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand potong bekalan elektrik ke kawasan sempadan Myanmar berkait pusat penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand potong bekalan elektrik ke kawasan sempadan Myanmar berkait pusat penipuan

Pemandangan di Myawaddy, Myanmar dari sebelah Thailand di daerah Mae Sot, pada 11 April 2024. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 02:06PM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 02:07PM
BANGKOK: Thailand akan menggantung bekalan tenaga elektrik ke sebilangan kawasan yang bersempadan dengan Myanmar dalam usaha mengekang pusat penipuan, menurut kerajaannya pada Selasa (4 Feb).

Ini berlaku di tengah-tengah tekanan yang kian meningkat terhadap tapak haram itu yang menculik sebilangan besar individu dari pelbagai negara.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu orang diseludup oleh kumpulan samseng jenayah dan dipaksa bekerja di pusat penipuan dan operasi online haram di merata Asia Tenggara, termasuk sempadan Thailand-Myanmar.

Laporan pada 2003 menganggarkan operasi yang pesat berkembang itu menjana berbilion-bilion dolar setiap tahun.

"Kami mesti mengambil tindakan untuk memutuskan bekalan elektrik dengan segera," kata Timbalan Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, sambil menambah pihak berkuasa mengarahkan Penguasa Elektrik Wilayah yang membekalkan tenaga kuasa kepada kawasan ini supaya menghentikannya.

Tapak pusat penipuan itu diberi tumpuan semula selepas pelakon China Wang Xing diculik selepas tiba di Thailand bulan lalu.

Dia kemudian dibebaskan oleh polis Thailand yang menjumpainya di Myanmar.

Thailand menyuarakan kebimbangan tentang kesan terhadap sektor pelancongannya dan berusaha meredakan kebimbangan pelawat China mengenai keselamatan di negara itu.

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata rundingan akan diadakan pada Selasa dengan Majlis Keselamatan Nasional berhubung langkah-langkah bagi menangani pusat penipuan itu, termasuk memutuskan bekalan elektrik.

Ketua majlis keselamatan pada Isnin berkata bukti menunjukkan bahawa sindiket jenayah rentas negara beroperasi di Tachileik, Myawaddy, dan Payathonzu di Myanmar, sambil menunjukkan kawasan yang disasarkan untuk memotong bekalan elektrik.

Pemerintah tentera Myanmar setakat Oktober 2003 menghantar pulang lebih 55,000 warga asing yang dipaksa bekerja di pusat penipuan ke tanah air masing-masing.

Sebahagian besar daripada mereka adalah rakyat China.
Sumber : AFP/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan