Thailand peruntuk 500,000 dos vaksin COVID-19 untuk pekerja hijrahan
Thailand akan memperuntukkan sehingga 500,000 dos vaksin COVID-19 untuk para pekerja hijrahan sedang ia bersiap sedia menyambut ketibaan mereka di negara itu bagi membantu mengurangkan kekangan tenaga kerja, menurut seorang menteri pada Rabu (10 Nov).
BANGKOK: Thailand akan memperuntukkan sehingga 500,000 dos vaksin COVID-19 untuk para pekerja hijrahan sedang ia bersiap sedia menyambut ketibaan mereka di negara itu bagi membantu mengurangkan kekangan tenaga kerja, menurut seorang menteri pada Rabu (10 Nov).
Kerajaan Thailand juga merancang untuk membenarkan para pekerja dari Myanmar, Kemboja dan Laos memasuki semula negara itu mulai bulan depan dan mengisi kekurangan tenaga kerja dalam industri-industri eksport utama seperti pengeluaran makanan dan getah.
Para pekerja akan dikenakan kuarantin selama dua minggu dan vaksin akan diberikan semasa tempoh itu, menurut Menteri Buruh Suchart Chomklin. Mereka juga akan diuji bagi COVID-19.
"Kami sudah menyediakan 400,000 hingga 500,000 dos vaksin untuk diberikan kepada para pekerja hijrahan," katanya. Kementerian Buruh menganggarkan permintaan segera bagi 420,000 pekerja hijrahan.
Melonggarkan sekatan itu juga akan membantu membanteras penyeludupan pekerja, menurut kerajaan Thailand.
Hampir 11,000 orang diberkas dalam kes-kes berkaitan dengan penyeludupan pada bulan lalu berbanding dengan 1,456 penangkapan sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.