Thailand pertimbang kurangkan cukai bahan api bersasar, bantu tangani kos sara hidup
Anggaran Waktu Membaca:
Bahan api di Thailand. (Gambar hiasan: REUTERS)
Thailand considers targeted fuel tax cuts to help address cost of living
- Thailand is considering targeted cuts to fuel excise duty for E20 and B20 to ease high energy prices and the cost of living, after Ekniti Nitithanprapas explained the government's options, including the Oil Fuel Fund, cooperation from refineries and tax measures.
- The government has not cut taxes because it is concerned about a drop in state revenue and the need to borrow again, while fiscal space is only slightly above 10 billion baht; focusing on E20 and B20 could also help sugarcane, cassava and oil palm farmers.
- Thailand sedang menimbang pengurangan cukai eksais bahan api secara bersasar untuk E20 dan B20 bagi meredakan harga tenaga tinggi dan kos sara hidup, selepas Ekniti Nitithanprapas menjelaskan pilihan kerajaan termasuk Dana Bahan Api Minyak, kerjasama kilang penapisan dan langkah cukai.
- Kerajaan belum memotong cukai kerana bimbang hasil negara susut serta perlu meminjam semula, sementara ruang fiskal hanya lebih sedikit 10 bilion baht; tumpuan kepada E20 dan B20 juga boleh membantu petani tebu, ubi kayu dan sawit.
BANGKOK: Thailand mungkin menimbangkan pengurangan cukai eksais bahan api bersasar, khususnya untuk bahan api E20 (campuran etanol) dan B20 (campuran biodiesel) bagi mengurangkan kesan harga tenaga yang tinggi sambil menyokong sektor pertanian negara, kata Timbalan Perdana Menteri Ekniti Nitithanprapas.
Encik Ekniti, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan mempunyai beberapa kaedah untuk menguruskan harga tenaga termasuk menggunakan Dana Bahan Api Minyak, mendapatkan kerjasama daripada kilang penapisan bagi menggunakan lebihan margin penapisan untuk mengurangkan harga runcit dan cukai eksais bahan api.
“Pengurangan cukai eksais bahan api adalah satu lagi pilihan jika keadaan memerlukannya,” kata beliau melalui satu kenyataan.
Encik Ekniti berkata demikian ketika menjawab cadangan untuk menggunakan baki peruntukan pinjaman di bawah langkah yang diperkenalkan dalam mengurangkan kesan perang Timur Tengah bagi menyokong harga bahan api.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan Thailand setakat ini mengelakkan daripada memotong cukai eksais bahan api memandangkan sebarang pengurangan akan menjejaskan hasil kerajaan secara serta-merta, manakala obligasi perbelanjaan akan kekal tidak berubah.
“Akhirnya, kerajaan mungkin perlu meminjam semula untuk membayar pampasan kepada hasil yang hilang. Oleh itu, kesan kepada kedudukan fiskal negara perlu diambil kira di samping sebarang langkah,” katanya.
Jika langkah cukai menjadi perlu, kerajaan sedang menimbangkan pendekatan yang lebih bersasar dengan memberikan tumpuan kepada bahan api seperti E20 dan B20, yang masing-masing mengandungi kadar etanol serta biodiesel yang agak tinggi.
Beliau berkata pendekatan tersebut akan memastikan manfaat yang lebih meluas, melangkaui sekadar harga bahan api yang lebih rendah, khususnya kepada sektor pertanian disebabkan etanol yang digunakan dalam E20 diperolehi daripada tebu dan ubi kayu, manakala biodiesel dikaitkan dengan minyak sawit.
“Ini akan membolehkan langkah-langkah tenaga turut menyokong pendapatan petani Thailand,” katanya.
Encik Ekniti menegaskan langkah untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat mesti dilaksanakan seiring dengan disiplin fiskal, terutamanya apabila tahun fiskal semasa berakhir bulan ini.
Baki ruang fiskal Thailand dihadkan kepada lebih sedikit daripada 10 bilion baht (S$383.1 juta), menjadikannya perlu bagi kerajaan untuk menilai dengan teliti kesan fiskal daripada sebarang langkah yang boleh mengurangkan hasil negeri.
“Jika langkah mengurangkan hasil kerajaan diperkenalkan tanpa penilaian menyeluruh terhadap beban kewangan yang terhasil, masalah tenaga boleh merebak kepada masalah fiskal dan menjadi 'krisis dalam krisis',” katanya.
Untuk tahun fiskal akan datang, Encik Ekniti berkata, kerajaan akan menilai semula ruang fiskal yang ada sebelum memutuskan sejauh mana langkah tambahan boleh diperkenalkan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.