Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand pantau keadaan COVID-19 sebelum tarik balik peraturan pakai pelitup

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand pantau keadaan COVID-19 sebelum tarik balik peraturan pakai pelitup

(Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)

BANGKOK: Thailand akan menilai secara terperinci situasi COVID-19 sebelum membuat sebarang keputusan untuk menarik balik peraturan pemakaian pelitup.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha sudah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk membuat penilaian selari dengan pelan pemulihan ekonomi negara dan apabila kehidupan rakyat kembali normal.

“Melonggarkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. CCSA perlu membuat penilaian dan pertimbangan yang teliti, dengan mengambil kira situasi COVID-19 (terkini) di setiap kawasan serta kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Buat masa ini, semua orang digesa untuk terus memakai pelitup yang bersih serta mematuhi semua langkah pencegahan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (7 Jun). 

Sebelum ini, Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt berkata beliau akan mencadangkan kepada CCSA untuk menjadikan pemakaian pelitup di kawasan terbuka sebagai pilihan kerana jangkitan baru COVID-19 semakin berkurangan.

Ketika ini, orang awam di ibu kota Bangkok masih diwajibkan memakai pelitup apabila berada di luar rumah termasuk di sekolah dan tempat kerja.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand melaporkan 2,224 kes baru COVID-19 dan 20 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 4,471,179 dan 30,218 kematian.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan