Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand negara pertama perkenal khidmat 5G secara komersil di Asia Tenggara

Thailand bakal muncul negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan perkhidmatan komunikasi 5G secara komersil dan ia sekali gus boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur asing, lapor Agensi Berita Thailand (TNA). 

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand negara pertama perkenal khidmat 5G secara komersil di Asia Tenggara

(Gambar fail: Kai Pfaffenbach/Reuters)

Diterbitkan : 19 Aug 2020 03:36PM Dikemas Kini : 19 Aug 2020 03:38PM

BANGKOK: Thailand bakal muncul negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan perkhidmatan komunikasi 5G secara komersil dan ia sekali gus boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur asing, lapor Agensi Berita Thailand (TNA). 

Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek, berkata perkhidmatan komersil itu akan dimulakan tidak lama lagi berikutan permintaan pengguna dan penyedia perkhidmatan mempunyai rangkaian 4G boleh ditambah baik untuk menyokong perkhidmatan 5G di seluruh negara.

Menurut beliau, kerajaan sudahpun meluluskan hak istimewa untuk projek pelaburan dan perkhidmatan berkaitan 5G bermula di Koridor Ekonomi Timur bagi memudahkan industri masa depan dan menarik pelabur asing.

Selain itu, perkhidmatan 5G pertama akan bermula di Bangkok, Chiang Mai, Nakhon Ratchasima, Khon Kaen, Songkhla, Phuket dan lapangan terbang utama.

Kerajaan menjangkakan rangkaian 5G bakal meliputi 98 peratus penduduk Thailand pada 2027 dan akan menyumbang 6.6 peratus kepada Hasil Kasar Dalam Negeri.

Sekurang-kurangnya 7,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) bakal menggunakan 5G manakala hampir 700,000 pelajar mendapat akses kepada perkhidmatan itu. 

"Walaupun kita terkesan dengan pandemik COVID-19, kerajaan sudah menyediakan teras untuk pembangunan jangka panjang dan penggunaan sumber daya yang menguntungkan. Yakinlah, bahawa Thailand tidak pernah berhenti membangunkan ekonominya atau meningkatkan kualiti hidup rakyatnya,” kata wakil jurucakap itu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan