Thailand naikkan tempoh kuarantin bagi pengunjung, wajibkan pelitup
Thailand akan melanjutkan tempoh kuarantin wajib untuk pengunjung antarabangsa dari antara tujuh hingga 10 hari, menjadi dua minggu. Negara itu juga akan mewajibkan pemakaian pelitup di semua provinsi dalam negara itu, mulai 1 Mei, dalam usaha mengekang lonjakan kes COVID-19.
BANGKOK: Thailand akan melanjutkan tempoh kuarantin wajib untuk pengunjung antarabangsa dari antara tujuh hingga 10 hari, menjadi dua minggu. Negara itu juga akan mewajibkan pemakaian pelitup di semua provinsi dalam negara itu, mulai 1 Mei, dalam usaha mengekang lonjakan kes COVID-19.
Selain itu, khidmat makan di restoran dilarang di di kawasan yang dikawal maksimum dan ketat termasuk Bangkok dan lima wilayah lain - Chiang Mai, Chonburi, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan - yang dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan.
Semua khidmat beli bawa pulang di kawasan kawalan maksimum dan ketat dibenarkan sehingga 9.00 malam (waktu tempatan) sementara pasar dan kedai serbaneka akan dibuka dari 4.00 pagi hingga 11.00 malam dan pusat beli-belah akan terus dibuka hingga 9.00 malam.
Sekatan dan langkah terbaru disetujui semasa mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Khamis (29 Apr).
Jurucakap CCSA, Dr Taweesin Visanuyothin berkata, semua ketibaan yang memiliki Sijil Kemasukan (CoE) yang dikeluarkan pada atau setelah 1 Mei akan menjalani kuarantin 14 hari, tanpa mengira kerakyatan dan status vaksinasi mereka.
Sebelumnya, mulai 1 April, pengunjung ke negara itu perlu menjalani kuarantin 10 hari sementara pelancong yang divaksinasi hanya perlu diasingkan selama tujuh .
Dr Taweesin menambah bahawa pelancong yang memperoleh CoE mereka sebelum 1 Mei dan tiba sebelum 6 Mei akan dikuarantin selama tujuh atau 10 hari, bergantung pada status vaksinasi mereka.
Selain itu, Dr Taweesin berkata bahawa pengunjung dimasukkan ke kemudahan kuarantin negara alternatif diwajibkan untuk tinggal di dalam bilik mereka setiap waktu dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di hotel.
"Mereka diwajibkan menjalani tiga ujian COVID-19 sepanjang tempoh 14 hari kuarantin," katanya.
Thailand sedang menghadapi lonjakan mendadak jumlah kes COVID-19 sejak awal bulan ini. Gelombang jangkitan baru yang berkaitan dengan tempat hiburan malam di Bangkok menular ke semua wilayah di negara itu.
Setakat Khamis, sejumlah 34,707 kes COVID-19 dan 94 kematian dilaporkan sejak 1 April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.