Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand mulakan operasi bawa pulang rakyatnya dari Tel Aviv

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand memulakan operasi memindahkan rakyatnya dari Tel Aviv berikutan pertempuran berterusan di Semenanjung Gaza.

Timbalan Menteri Luar Jakkapong Sangmanee berkata seramai 1,437 rakyatnya mendaftar untuk penghantaran pulang secara sukarela, manakala beberapa orang termasuk mereka yang cedera sudah dipindahkan ke zon selamat.

“Thailand akan menghantar pulang 15 warga Thailand yang cedera pada Rabu (11 Okt) diikuti mereka yang sudah berada di zon selamat.

“Kerajaan dan Perdana Menteri, Srettha Thavisin amat mementingkan keselamatan dan kebajikan warga Thailand, dan agensi berkaitan sedang menyelaras penghantaran pulang yang pantas dan selamat,” katanya pada sidang media di Thailand pada Isnin (9 Okt).

Kumpulan pertama dijangka tiba dengan penerbangan komersial di Bangkok pada Khamis (12 Okt).

Encik Jakkapong berkata Kedutaan Diraja Thailand (RTE) di Tel Aviv akan menghubungi warga Thailand yang ingin pulang dan menyelaraskan pemindahan ke tempat berkumpul untuk pemindahan.

Beliau berkata terdapat 23 warga Thailand meminta untuk kekal di Israel.

Kementerian Luar Thailand memaklumkan terdapat kira-kira 30,000 warga Thailand di Israel, dan 5,000 daripadanya berada di sekitar Semenanjung Gaza.

Jakkapong berkata Jabatan Hal Ehwal Konsular membuka 30 talian penting tambahan (hotline) berbanding 30 talian sedia ada, untuk anggota keluarga yang ingin menghubungi/mengesan saudara mereka.

Selain itu, Jabatan itu juga membuka LINE Openchat yang dipanggil "Request Assistance for Thai Nationals in Israel", yang boleh mencecah 5,000 orang sekali gus, dan membuka akaun Facebook baharu bertajuk "The Department of Consular Affairs is Concerned for our Thai Family in Israel” sebagai satu lagi saluran komunikasi.

“Duta-duta Thailand di negara jiran telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai kemungkinan laluan pemindahan untuk warga Thailand dan bantuan lain,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan