Thailand mula saring pelawat dari negara Afrika bagi Ebola
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Suvarnabhumi Airport/Twitter)
BANGKOK: Thailand meningkatkan saringan ke atas pelawat yang tiba dari negara Afrika, terutama Uganda, di Lapangan Terbang Suvarnabhumi berikutan wabak terbaru Ebola. Demikian menurut pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Tares Krassanairawiwong.
"Saringan ke atas penumpang merupakan langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan penyakit itu di Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (25 Okt).
Beliau berkata pelawat dari negara Afrika dalam tempoh 21 hari lalu dikehendaki menjalani saringan dan mendaftarkan diri semasa ketibaan di lapangan terbang.
Ebola merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti serta permukaan serta bahan yang tercemar. Gejala termasuk demam, muntah, cirit-birit, sakit otot serta pendarahan dalaman dan luaran.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempoh inkubasi iaitu bermula jangkitan virus sehingga muncul gejala adalah mulai hari kedua hingga 21 hari. Seseorang yang dijangkiti Ebola tidak menyebarkan penyakit itu sehinggalah mereka bergejala.
Pada Isnin (24 Okt), kementerian kesihatan Uganda menyatakan secara keseluruhannya terdapat 90 kes yang disahkan, dengan 28 kematian.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.