Thailand mansuh pemakaian pelitup di tempat tertutup, awam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Hiasan (Gambar: Lillian Suwanrumpha/AFP)
BANGKOK: Kerajaan Thailand memansuhkan serta merta peraturan memakai pelitup memandangkan keadaan COVID-19 di negara itu bertambah baik.
Demikian menurut pengumuman yang ditanda tangani Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.
"Pemakaian pelitup adalah secara sukarela," menurut pengumuman yang dikeluarkan di Royal Gazette pada Khamis (23 Jun).
Keperluan memakai pelitup ditarik balik di kawasan tertutup dan terbuka, menurut sumber rasmi di Kementerian Kesihatan Awam kepada Mediacorp.
Pun begitu, kementerian itu menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup di kawasan sesak atau tempat di mana amalan jarak sosial tidak boleh dilakukan atau jika kawasan itu tidak mempunyai pengaliran udara yang baik, menurut pengumuman tersebut di Royal Gazette.
Bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami gejala COVID-19 teruk atau kematian seperti mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas, wanita hamil, pesakit barah, kencing manis, masalah jantung atau penyakit ginjal kronik, mereka dinasihatkan agar terus menggunakan pelitup apabila berada di khalayak ramai.
Nasihat yang sama diberikan kepada mereka yang dijangkiti COVID-19 dan kontak rapat mereka yang berisiko serta individu dengan masalah pernafasan.
Selain melonggarkan keperluan memakai pelitup, pengumuman tersebut menambah bahawa kawasan hiburan dan pusat makanan yang menjual minuman keras dibenarkan beroperasi dengan mematuhi undang-undang dan langkah pencegahan penyakit COVID-19.
Pengumuman pada Khamis (23 Jun) juga menyatakan keadaan COVID-19 di Thailand sudah bertambah baik dan jumlah jangkitan dan kematian semakin merosot.
Pada Jumaat (24 Jun), Jabatan Kawalan Penyakit melaporkan 2,313 jangkitan baru COVID-19 dan 16 kematian. Sejak 1 Jan, Thailand melaporkan 8,861 kematian berkaitan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.