Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand luluskan kenaikan harga pertama bagi mi segera dalam 14 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand akan menaikkan harga mi segera. Ini merupakan kenaikan pertama harga bagi makanan ruji tersebut dalam tempoh 14 tahun.

Demikian menurut Jabatan Perdagangan negara itu pada Rabu (24 Ogos), lapor agensi berita AFP.

Ekonomi Thailand sudah bangkit semula selepas pembukaan penuh kepada para pelancong awal tahun ini. Sebelum ini, Thailand bergelut dengan inflasi tinggi selama 14 tahun dan kesan ekonomi daripada peperangan antara Rusia dengan Ukraine.

Harga mi segera dihadkan oleh Bangkok pada harga enam baht (S$0.23) bagi satu bungkus tetapi pengeluar utama yang kian bimbang sudahpun menggesa pemerintah untuk menaikkan had yang ditetapkan ke lapan baht (S$0.31).

Jabatan Perdagangan Dalaman mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa ia akan meluluskan kenaikan kepada tujuh baht (S$0.27) bagi setiap bungkus yang bersaiz sederhana, mulai 25 Ogos.

Ini berikutan petisyen yang dikemukakan kepada jabatan berkenaan oleh lima pengeluar utama mi segera - Wai Wai, Mama, Yam Yam, Sue Sat dan Nissin.

"Kami sedang berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan, harga minyak untuk eksport," jelas Cik Veera Naphaprukchart dari Thai Preserved Food, iaitu sebahagian daripada jenama terkenal Wai Wai.

Tambahnya lagi, harga tepung gandum lonjak kira-kira 20 hingga 30 peratus. Manakala, harga minyak sawit naik dua ganda.

Cik Vera menyalahkan kenaikan kos pada serangan Rusia terhadap Ukraine, yang merupakan pembekal utama gandum bagi Thailand sebelum konflik tersebut tercetus.

Encik Pipat Paniangvait dari Thai President Food, berkata bahawa harga mi segera terakhir dinaikkan pada 2018.

Isu pengeluar mi segera bertambah buruk dengan kos eksport yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak dan gandum, sekaligus bermakna bahawa menjualnya ke pasaran luar sudah tidak wajar lagi.

"Dulu, kami menjual lebih di luar Thailand untuk menangani situasi di sini kerana kami tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya," jelas beliau.

Jabatan perdagangan menyatakan yang ia akan terus meneliti kos pengeluaran dan menyatakan bahawa ia akan menyesuaikan harga dengan sewajarnya, menurut agensi berita AFP.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan