Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand longgar sekatan COVID-19 terhadap pelawat asing mulai 1 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand longgar sekatan COVID-19 terhadap pelawat asing mulai 1 Mac

Gambar: CNA/Pichayada Promchertchoo

BANGKOK: Thailand akan melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 terhadap para pelawat antarabangsa mulai 1 Mac, umum Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pada Rabu (23 Feb).

Mulai bulan depan, para pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin hanya perlu menjalani satu ujian tindak balas rantaian polimerase (RT-PCR) sebaik tiba di Thailand yang kemudian disusuli dengan ujian pantas antigen (ART) kendiri selepas lima hari berada di negara itu.

Sungguhpun demikian, para pelawat masih perlu mengambil ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum melakukan perjalanan ke Thailand dan menjalani kuarantin pada malam pertama mereka tiba di Thailand di sebuah hotel yang diperuntukkan atau di kemudahan-kemudahan kuarantin yang diluluskan.

Kerajaan Thailand juga akan menurunkan perlindungan insurans percutian dari AS$50,000 (S$ 67,405) kepada AS$20,000 (S$26,973) mulai 1 Mac.

Pada 1 Februari, Thailand menyambung semula skim pelancongan Test & Go selepas menggantung permohonan bagi skim tersebut pada Disember tahun lalu dan Januari tahun ini disebabkan oleh penularan varian Omicron.

BACA:Thailand sambung perjalanan bebas kuarantin bagi pelawat divaksin mulai Feb

Berdasarkan data CCSA pada Rabu (23 Feb), lebih 300,000 pelawat sudah memohon untuk memasuki Thailand dan 80 peratus daripada permohonan tersebut sudahpun diluluskan.

Sebahagian besar pelawat adalah daripada Rusia, Jerman, Perancis, United Kingdom dan Singapura. Destinasi percutian yang dipilih adalah Bangkok, Phuket dan Chon Buri.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan