Thailand lapor kes pertama subvarian Omicron BA.2.75
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi, Thailand, melaporkan kes pertama jangkitan subvarian Omicron BA. 2.75 COVID-19 di wilayah selatan Trang.
Kes tersebut dikesan menerusi beberapa spesimen yang dikumpulkan oleh Jabatan Sains Perubatan pada 28 Jun.
Jabatan tersebut menjalankan penjujukan genetik dan memuat naik penemuan ke pangkalan data GISAID pada 18 Jul.
Ia kemudian dikenal pasti sebagai subvarian BA.2.75.
Subvarian tersebut yang dikenali sebagai Centaurus, pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan sudah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand.

Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan oleh vaksin.
Pusat itu menyatakan subvarian BA.2 menular dengan meluas di Thailand sebelum kemunculan subvarian BA.4 dan BA.5.
Mereka juga berkata tidak ada bukti yang kukuh bahawa varian BA2.75 lebih teruk berbanding subvarian Omicron yang lain.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.