Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand lapor kes pertama cacar monyet libatkan wanita

Wanita tempatan berusia 22 tahun itu disahkan positif cacar monyet di Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun disahkan positif cacar monyet, iaitu kes pertama membabitkan golongan wanita yang dilaporkan di Thailand.

Setakat ini, Thailand melaporkan empat kes jangkitan cacar monyet.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata wanita itu mengalami simptom seperti demam dan ruam di badan pada 29 Julai.

Wanita itu melawat pusat sukan di Bangkok sebelum disahkan positif wabak berkenaan. 

“Pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Samut Prakan pada Rabu, dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura,” kata Dr Opas.

Beliau mengarahkan pihak berkuasa kesihatan untuk meningkatkan pengesanan kontak rapat.

Thailand melaporkan jangkitan cacar monyet pertama - seorang warga Nigeria berusia 27 tahun yang tiba di Phuket pada 18 Julai. Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian awal terhadapnya positif.

Dia kemudiannya dijumpai di Phnom Penh dan menerima rawatan di sebuah hospital.

Pada 29 Julai, kes kedua cacar monyet membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun di Bangkok dan dia dilaporkan semakin pulih.

Pada 3 Ogos, seorang lelaki Jerman berusia 25 tahun yang melancong ke Phuket merupakan pesakit ketiga wabak cacar monyet di negara itu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan