Skip to main content

Dunia

Thailand lapor jumlah rekod kes harian COVID-19

Thailand pada Jumaat (16 Jul) melaporkan jumlah kes harian COVID-19 yang mencecah paras rekod, sebanyak 9,692 kes, menjadikan jumlah terkumpul di negara itu sebanyak 381,907 kes sejak pandemik melanda.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand lapor jumlah rekod kes harian COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 12:31PM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 12:33PM

BANGKOK: Thailand pada Jumaat (16 Jul) melaporkan jumlah kes harian COVID-19 yang mencecah paras rekod, sebanyak 9,692 kes, menjadikan jumlah terkumpul di negara itu sebanyak 381,907 kes sejak pandemik melanda. Ini sedang pihak berkuasa Thailand tergapai-gapai menangani gelombang jangkitan yang terbesar sejauh ini.

Pasukan bertindak COVID-19 Thailand melaporkan lagi 67 kematian akibat jangkitan COVID-19, menjadikan angka korban sebanyak 3,099.

AstraZeneca meminta Thailand untuk memanjangkan garis masa penghantaran 61 juta dos vaksin COVID-19 selama lima bulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Sathit Pitutacha pada Khamis (15 Jul).

Penangguhan itu disebabkan oleh kelengahan pada pengeluaran rakan kongsi syarikat pengilang tempatan AstraZeneca, yang pada awalnya mengalami masalah penghasilan dan penghantaran.

Thailand sebelum ini menyatakan ia sedang menimbangkan untuk mengenakan had terhadap eksport vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dihasilkan dalam negeri untuk menangani penularan di sana.

Negara itu melancarkan program vaksinasi pada bulan lalu dan hanya sekitar lima peratus daripada lebih 66 juta penduduknya sudahpun divaksin sepenuhnya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita