Thailand lancar serangan udara ke atas Kemboja
Thailand melancarkan serangan udara di sepanjang sempadannya yang dipertikaikan dengan Kemboja, kata jurucakap tentera Thailand Mejar Jeneral Winthai Suvaree pada Isnin (8 Dis), selepas kedua-dua negara saling menuding jari berhubung pelanggaran perjanjian gencatan senjata.
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand melancarkan serangan udara di sepanjang sempadannya yang dipertikaikan dengan Kemboja, kata jurucakap tentera Thailand Mejar Jeneral Winthai Suvaree pada Isnin (8 Dis), selepas kedua-dua negara saling menuding jari berhubung pelanggaran perjanjian gencatan senjata.
Beliau menambah Thailand mengerahkan aset udaranya untuk menyerang sasaran ketenteraan Kemboja di beberapa lokasi bagi mengekang serangan sokongan yang berterusan.
Mejar Jeneral Winthai berkata pertempuran baharu berlaku pada awal pagi Isnin menyusuli pertempuran berterusan sepanjang Ahad.
“Pada sekitar pukul 5.05 pagi (pukul 6.05 pagi waktu Singapura), pasukan Kemboja melepaskan tembakan menggunakan senjata ringan dan senjata tembakan tidak langsung di kawasan Chong An Ma di daerah Nam Yuen, wilayah Ubon Ratchathani,” kata beliau.
“Pasukan Thai bertindak balas mengikut peraturan pertempuran menggunakan senjata ringan serta senjata tembakan tidak langsung.”
Menurut Mejar Jeneral Winthai, tentera Thailand “menerima laporan bahawa anggota tentera Thailand terkena tembakan sokongan, mengakibatkan seorang maut dan empat lagi cedera”.
Sementara itu, sokongan pemindahan untuk orang awam sudah diaktifkan.
Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata berkata pasukan Thailand melancarkan serangan ke atas anggota tentera Kemboja di wilayah sempadan Preah Vihear dan Oddar Meanchey pada pagi Isnin, sambil menambah bahawa Phnom Penh tidak membalas serangan tersebut.
“Ia perlu diperhatikan bahawa serangan ini berlaku selepas pasukan Thailand melakukan banyak tindakan provokatif selama beberapa hari… dengan tujuan untuk mencetuskan konfrontasi,” katanya.
Pertikaian sempadan itu sebelum ini mencetuskan perang selama lima hari pada Julai, sebelum perjanjian gencatan senjata diusahakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Encik Trump menyaksikan pemeteraian perjanjian gencatan senjata yang diperluaskan antara kedua-dua negara di Kuala Lumpur pada Oktober.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.