Thailand kuat kuasa peraturan larang kegiatan membakar hingga hujung April
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
BANGKOK: Dalam usaha untuk membendung kebakaran hutan dan jerebu di Thailand, kerajaan negara itu menguatkuasakan peraturan melarang kegiatan membakar selama tiga bulan di kawasan penduduk setempat.
Peraturan itu, berkuat kuasa pada 1 Februari sehingga hujung April.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (15 Feb), Timbalan Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri dan Pemangku jurucakap Kerajaan sementara Anucha Burapachaisri mendedahkan bahawa Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha sudah mengarahkan semua agensi relevan supaya berbincang dan merancang tindak balas serta langkah-langkah pencegahan untuk membendung kebakaran hutan.
"Mereka diarahkan untuk menjalankan semakan selepas tindakan berhubung keadaan kebakaran hutan...untuk mencegah sebarang kerosakan terhadap persekitaran, kawasan pertanian dan hartanah orang awam serta membendung kenaikan zarah PM2.5 di ruang udara," kata Encik Anucha.
PM2.5 merujuk kepada zarah yang merupakan bahan pencemar udara. Ia mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai apabila ia mencapai tahap tinggi di udara. Ia boleh menyerap ke dalam paru-paru, di mana ia kekal untuk tempoh yang lama atau melalui aliran darah yang tidak ditapis.
Encik Anucha pada Rabu (15 Feb) berkata bahawa Encik Prayuth memantau keadaan jerebu dan situasi kebakaran hutan di negara itu dengan penuh prihatin.
"Perdana Menteri mengarahkan penguatkuasaan apa sahaja langkah yang wajar untuk mengawal situasi kebakaran hutan itu, dan meminta kerjasama daripada semua penduduk setempat yang terjejas untuk mematuhi peraturan melarang perbuatan membakar dari 1 Februari sehingga 30 April.
"Mereka yang melanggar peraturan tersebut akan didenda," tegas Encik Anucha.
Beliau menambah bahawa penyesuaian akan dilaksanakan sekiranya situasi tersebut bertambah buruk. Beliau bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut dalam kenyataan itu.
Menurut Jabatan Kawalan Pencemaran, kawasan utara Thailand dijangka berdepan dengan tahap pencemaran udara yang kurang sihat dan kekal di bawah pemantauan rapi sehingga hujung minggu ini.
Media tempatan juga melaporkan bahawa pihak berkuasa sudah menutup lapan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di 17 wilayah utara untuk mengawal kenaikan jumlah kebakaran hutan di sana.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.