Thailand ketatkan kawalan senjata api dan dadah
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha (Gambar: BERNAMA)
BANGKOK: Thailand akan mengenakan kawalan yang lebih ketat ke atas senjata api, termasuk mewajibkan pemiliknya menjalani penilaian psikologi, susuli insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Uthai Sawan, minggu lepas, dengan 36 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak pra-sekolah.
Ini adalah antara langkah yang disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai senjata api dan dadah pada Rabu, dalam usaha untuk mengetatkan kawalan pemilikan senjata api di negara itu.
Encik Prayuth berkata pemegang lesen senjata api baru atau sedia ada juga perlu mendapatkan rujukan perwatakan dan tingkah laku daripada majikan, pihak berkuasa serta pemimpin masyarakat.
"Kerajaan akan membatalkan lesen pemegang senjata api yang mengalami masalah kesihatan mental, yang boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat," katanya.
Selain itu, Encik Prayuth mahu pihak berkuasa membanteras perdagangan senjata api haram yang diperoleh secara dalam talian.
Encik Prayuth turut berkata pihak berkuasa akan meningkatkan ujian dadah dan memberi rawatan kepada penagih dadah.
Beliau meminta Kementerian Kesihatan Awam dan kerajaan tempatan mewujudkan lebih banyak pusat saringan bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan dadah di daerah dan mukim bagi menyediakan rawatan dan pemulihan yang diperlukan.
Beliau memberi amaran kepada penjawat awam yang terlibat dalam kesalahan dadah bahawa mereka akan menghadapi hukuman berat.
Kerajaan memperkenal langkah yang lebih tegas itu selepas seorang anggota polis yang dipecat, membunuh 36 orang - termasuk 24 kanak-kanak sebelum membunuh dirinya sendiri di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer timur laut Bangkok.
Bekas anggota polis berusia 34 tahun itu dipecat daripada pasukan itu kerana penyalahgunaan dadah awal tahun ini.

BACA:
Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.