Thailand kesan kes pertama varian XAY.2

Para pelawat di terminal ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok pada 1 Julai 2022. (Gambar fail: AFP/Lillian Suwanrumpha)
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Supakit Sirilak berkata XAY.2 adalah gabungan AY.45, subvarian Delta dan subvarian Omicron BA.4/5.
Sehingga kini, terdapat hanya 344 kes yang dikesan di seluruh dunia.
"Kami memantau dengan teliti mutasi virus di negara ini," katanya.
Beliau berkata pesakit yang dijangkiti XAY.2 tidak mengalami simptom yang serius dan sudah sembuh sepenuhnya.
Dr Supakit berkata Thailand buat masa ini masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat.
"Subvarian dominan yang ditemui di Thailand ialah Omicron BN.1.3, subketurunan BA.2.75," katanya.
Dr Suakit menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan dos penggalak terutamanya yang sudah divaksin lebih empat bulan lalu bagi meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan dan kesan jangkitan yang teruk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.