Skip to main content

Dunia

Thailand kesan 4 kes berpotensi subvarian Omicron BA.2.2

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand kesan 4 kes berpotensi subvarian Omicron BA.2.2

Keadaan di pasar hujung minggu Chatuchak di Bangkok pada 17 Mei 2020. (Gambar: Candida Ng/AFP)

BANGKOK: Thailand mengesan sekurang-kurangnya empat kes berpotensi subvarian COVID-19 Omicron BA.2.2.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr. Suakit Sirilak berkata jujukan yang pertama kali dilaporkan di Hong Kong itu, ditemukan pada seorang warga asing dan tiga rakyat tempatan. 

Bagaimanapun, ia masih menunggu pengesahan lanjut, tambahnya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya bertenang kerana ia masih belum dianggap sebagai membimbangkan.

“Setakat ini, belum ada maklumat mencukupi untuk menilai tahap penularan jujukan itu dengan tepat.

“Terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa BA.2.2 boleh merebak lebih cepat atau lebih serius berbanding varian lain,” katanya di Bangkok pada Isnin (14 Mac).

Pada Ahad (13 Mac), Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Awam Dr Chalermchai Boonyaleephan menggesa kerajaan untuk membuat saringan membabitkan ketibaan dari Britain dan Hong Kong di tengah-tengah kebimbangan terhadap Omicron BA.2.2.

Pada masa ini, Omicron adalah varian yang dominan di Thailand, mewakili 99.6 peratus daripada semua kes COVID-19.

Omicron merebak empat kali lebih cepat berbanding varian Delta dan telah bermutasi kepada tiga subvarian: BA.1, BA.2 dan BA.3.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand mencatatkan 22,130 kes baru COVID-19 dan 69 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 3,206,950 dan 23,778 kematian.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita