Thailand kesan 2 kes pertama COVID-19 varian XBB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
THAILAND: Thailand mengesan dua kes pertama COVID-19 varian XBB tetapi pesakit-pesakit itu sudah sembuh.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Thailand berkata dua wanita yang berkenaan mengalami gejala ringan.
Seorang daripada mereka adalah rakyat Thailand berusia 49 tahun yang tiba dari Singapura.
Beliau dimasukkan ke hospital swasta selepas menunjukkan gejala COVID-19 pada 27 September.
Seorang lagi adalah rakyat asing berusia 60 tahun yang tiba dari Hong Kong.
XBB adalah subvarian Omicron dan lebih mudah berjangkit.
Namun setakat ini varian itu tidak menyebabkan sakit teruk.
Sungguhpun begitu pihak berkuasa Thai sudah meningkatkan pemeriksaan para penumpang pesawat yang tiba dari Hong Kong dan Singapura.

Sumber : Agensi berita/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.