Skip to main content

Dunia

Thailand, Kemboja setuju laksana gencatan senjata

Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta menyusuli ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin (28 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand, Kemboja setuju laksana gencatan senjata

(Dari kiri ke kanan) Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (tengah) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechaychai berjabat tangan menyusuli sidang media selepas rundingan mengenai gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja di Putrajaya pada 28 Jul 2025. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 28 Jul 2025 06:35PM Dikemas Kini : 28 Jul 2025 06:36PM
PUTRAJAYA: Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta menyusuli ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin (28 Jul).

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana.

Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul 3.00 petang itu.

Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

Kedua-dua Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama iaitu gencatan senjata serta merta tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 12.00 tengah malam (waktu tempatan) ini.

Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan. 

Pada Jumaat lalu (25 Jul), Encik Anwar menghubungi Encik Phumtham dan Encik Manet secara berasingan, memohon kedua-dua pemimpin supaya segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita