Thailand, Kemboja meterai perjanjian gencatan senjata
Menteri Pertahanan Thailand Natthaphon Narkphanit (kanan) dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Tei Seiha di Mesyuarat Khas ke-3 Jawatankuasa Sempadan Umum Kemboja-Thai pada 27 Dis 2025. (Gambar: Facebook/TheMinistryOfInformation)
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan pengerahan tentera sedia ada tanpa pergerakan lanjut," kata menteri pertahanan kedua-dua negara dalam kenyataan bersama mengenai gencatan senjata itu yang berkuat kuasa pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan (pukul 1.00 tengah hari waktu Singapura).
"Sebarang pengukuhan akan meningkatkan ketegangan dan menjejas secara negatif sebarang usaha jangka panjang untuk menyelesaikan situasi itu," menurut kenyataan yang diterbitkan di media sosial oleh Kementerian Pertahanan Kemboja.
Perjanjian itu yang dimeterai oleh Menteri Pertahanan Thailand Natthaphon Narkphanit dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Tea Seiha, menamatkan pertempuran selama 20 hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 101 orang dan menyebabkan lebih sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal di kedua-dua pihak.
Pergeseran itu meletus sekali lagi pada awal Disember selepas satu gencatan senjata yang diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi menghentikan pertempuran pada Julai lalu, gagal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.