Thailand keluar amaran cuaca panas; suhu dijangka cecah 43 darjah Celsius
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar fail: TODAY)
BANGKOK: Thailand sedang mengalami cuaca panas melampau yang berpanjangan, dengan suhu di sesetengah kawasan dijangka mencecah 42 hingga 43 darjah Celsius, sekali gus meningkatkan risiko penyakit berkaitan haba, khususnya strok haba.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand Lalida Persvivatana berkata cuaca panas yang bermula sejak penghujung Februari itu dijangka berterusan hingga pertengahan Mei, dengan suhu di seluruh negara terus meningkat sepanjang April.
Beliau berkata indeks haba di kawasan tertentu boleh mencecah sehingga 60 darjah Celsius, sekali gus menimbulkan risiko serius terhadap kesihatan awam.
“Individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan ketika cuaca panas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (21 Apr).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari secara langsung, memastikan pengambilan air mencukupi dan memantau keadaan kesihatan masing-masing dengan teliti.
“Mereka yang mengalami gejala seperti suhu badan tinggi, kulit kemerahan, tidak berpeluh, pening, loya, muntah, degupan jantung laju, kekeliruan, keletihan atau tidak sedarkan diri perlu segera mendapatkan rawatan perubatan,” katanya.
Data daripada sistem Pemantauan Penyakit Digital (DDS) milik Jabatan Kawalan Penyakit menunjukkan sebanyak 182 kes penyakit berkaitan haba direkodkan pada 2025, dengan 59.3 peratus melibatkan lelaki.
Jumlah kes tertinggi dicatatkan dalam kalangan individu berumur 15 hingga 34 tahun, iaitu 78 kes, diikuti 29 kes dalam kalangan mereka berumur 60 tahun ke atas.
Kira-kira 53.3 peratus daripada mereka yang terjejas ialah pekerja di lapangan, dengan keadaan lazim termasuk keletihan akibat haba, pitam, kekejangan dan strok haba.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.