Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand hantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Mocha di Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand hantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Mocha di Myanmar

Gambar: Kementerian Luar Thailand

BANGKOK: Thailand menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar untuk disalurkan kepada para mangsa yang terjejas akibat Taufan Mocha.

Dalam kenyataannya, Kementerian Luar memaklumkan dua penerbangan khas Tentera Udara Diraja Thailand yang membawa bantuan kemanusiaan sumbangan Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthidatiba, tiba di Lapangan Terbang Mingaladon, Yangon, Myanmar pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan pada Selasa (25 Mei).

Sumbangan bantuan kemanusiaan itu meliputi khemah, selimut, tuala, ubat-ubatan, makanan kering dan barangan bantuan lain yang diperlukan.

Duta Thailand ke Myanmar, Mongkol Visitstump menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Luar Myanmar U Than Swe dan Menteri Kebajikan Masyarakat Wilayah Yangon U Aung Win Thein serta beberapa wakil lain.

“Bantuan kemanusiaan itu turut mendapat kerjasama daripada sektor awam dan swasta Thailand, termasuk Persatuan Palang Merah, Dewan Perniagaan dan Lembaga Perdagangan, PTT Exploration and Production (PTTEP), SCG dan Persatuan Thailand-Myanmar untuk Persahabatan,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin (22 Mei), bagi pihak rakyat dan kerajaan Thailand, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyampaikan ucapan takziah selepas taufan ganas itu menjejas penduduk dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Encik Prayuth turut menyatakan harapan ikhlasnya agar Myanmar dapat mengharungi tempoh sukar itu.

"Thailand bersedia untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan oleh Myanmar," kata Encik Prayuth selanjutnya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan