Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand dijangka akan muktamadkan barisan kabinet baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand dijangka akan muktamadkan barisan kabinet baharu

(Gambar; AFP/Chanakarn LAOSARAKHAM)

BANGKOK: Kabinet baharu Thailand dijangka akan dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.

Cik Paetongtarn memberitahu media tempatan di Kolej Pertahanan Negara pada Isnin (19 Ogos) bahawa beliau akan memuktamadkan rundingan dengan pemimpin-pemimpin pakatan kerajaan, yang terdiri daripada partinya Pheu Thai dan 10 parti gabungan lain, mengenai pembentukan Kabinetnya minggu ini.

Cik Paetongtarn dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bahawa beliau tidak pernah berjanji untuk mengekalkan semua anggota Kabinet yang dilantik oleh kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin.

Beliau berkata pemimpin Pheu Thai telah mengadakan pertemuan pada Isnin (19 Ogos) untuk membincangkan calon menteri parti tersebut dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota utama parti lain pada Selasa (20 Ogos).

Sementara itu, Agensi Berita Thailand melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Sementara Phumtham Wechayachai berkata Pheu Thai akan meminta rakan gabungan mereka untuk mengemukakan calon bagi jawatan Kabinet dalam masa terdekat, supaya kelayakan mereka dapat disemak dan bagi mengelak sebarang pergolakan politik yang berpanjangan.

Encik Phumtham juga dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet sementara di Bangunan Kerajaan pada Selasa (20 Ogos).

Perikatan kerajaan Thailand terdiri daripada 11 parti yang diketuai oleh Pheu Thai. Gabungan itu merangkumi dua parti yang berkait dengan tentera iaitu Parti Palang Pracharath (PPRP) dan Parti United Thai Nation (UTN).

Gabungan tersebut menguasai 314 daripada 493 kerusi Parlimen, iaitu hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan