Thailand dan Kemboja setuju untuk 'perkukuh gencatan senjata' dalam rundingan dengan China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Thailand dan Kemboja merancang untuk membina semula keyakinan bersama dan secara beransur-ansur memperkukuh gencatan senjata yang dicapai selepas pertempuran sempadan selama berminggu-minggu, dedah Beijing dalam satu kenyataan bersama dengan kedua-dua negara susulan rundingan di barat daya China.
Negara-negara jiran Asia Tenggara itu pada Sabtu (27 Dis) menamatkan pertempuran sengit selama berminggu-minggu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 101 orang dan menyebabkan lebih setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal sedang gencatan senjata kedua dikuatkuasakan sejak hujung Oktober.
Diplomat tertinggi Thailand dan Kemboja melawat wilayah Yunnan, China untuk rundingan tiga hala dengan Menteri Luar China, Wang Yi, bagi membincangkan situasi sempadan pada Ahad dan Isnin.
Dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Kemboja, Encik Wang menyifatkan gencatan senjata itu sebagai "pencapaian besar", dan menggesa kedua-dua negara supaya jangan meninggalkannya separuh jalan atau membiarkan pertempuran meletus lagi.
"Perbincangan antara ketiga-tiga pihak bermanfaat dan membina, dan satu kata sepakat penting dicapai," kata Encik Wang, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementeriannya. Ia tidak menyebut peranan ASEAN dalam memudahcara gencatan senjata tersebut.
Pihak-pihak yang terlibat mesti "memandang ke hadapan dan bergerak ke hadapan", tambah Encik Wang.
Thailand dan Kemboja akan "membina semula keyakinan politik bersama, mencapai pemulihan dalam hubungan, dan mengekalkan keamanan serantau", menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi China, Xinhua.
Pertempuran terbaharu bermula awal bulan ini selepas gencatan senjata yang dicapai pada Oktober tergugat. Gencatan senjata itu diusahakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim di luar Sidang Puncak ASEAN di Kuala Lumpur untuk menghentikan pertempuran sebelumnya.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.