Skip to main content

Dunia

Thailand catat lebih 33 juta pelawat asing pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand catat lebih 33 juta pelawat asing pada 2025

Penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di Tugu Kemenangan, Bangkok pada 28 Jun 2025. (Gambar fail: AFP/Chanakarn Laosarakham)

Diterbitkan : 11 Jan 2026 09:34PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 09:35PM
JAKARTA: Kekayaan warisan budaya serta keindahan alam semula jadi yang luas sepatutnya meletakkan Indonesia sebagai destinasi pelancongan utama Asia Tenggara.

Namun negara itu terus ketinggalan di belakang Malaysia dan Thailand dari segi jumlah pelancong asing, menurut pemain industri.

Data Agensi Statistik Pusat Indonesia (BPS) menunjukkan negara itu mencatat kira-kira 14 juta ketibaan pelancong asing bagi tempoh Januari hingga November 2025, meningkat 10.44 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Namun, Thailand mencatat 33 juta pelawat antarabangsa bagi keseluruhan 2025, manakala Malaysia merekodkan 28.2 juta ketibaan dalam tempoh Januari hingga Ogos.

Vietnam dan Singapura turut mengatasi Indonesia, masing-masing dengan 19.15 juta dan 15.55 juta ketibaan pelancong asing dalam tempoh 11 bulan pertama 2025.

Pemain industri berpendapat jurang berkenaan bukan berpunca daripada kekurangan tarikan, sebaliknya mencerminkan keutamaan dasar pemerintah yang masih memberi tumpuan kepada projek perindustrian dan hiliran mineral berbanding sektor pelancongan.

Pengerusi Persatuan Industri Pelancongan Indonesia (GIPI), Hariyadi Sukamdani berkata destinasi dan produk pelancongan Indonesia adalah antara yang terbaik di ASEAN, namun tidak diberi keutamaan sewajarnya oleh pembuat dasar.

“Kami memiliki segala-galanya, daripada budaya hingga sejarah. Malangnya, pelancongan masih belum dianggap sebagai sektor strategik,” katanya baru-baru ini.

Beliau turut menekankan kos penerbangan yang tinggi sebagai kekangan utama, termasuk cukai nilai tambah ke atas tiket penerbangan dan bahan api penerbangan, serta duti import ke atas alat ganti pesawat.

Menurutnya, penghapusan levi berkenaan mampu menurunkan harga tiket dan menarik lebih ramai pelancong.

Sektor pelancongan juga dijangka menyumbang 4.6 peratus kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan menjana 26 juta peluang pekerjaan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita