Thailand cadang mansuh ujian saringan COVID-19 bagi pelawat mulai Mei
Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa bermula Mei dalam usaha negara itu untuk memulihkan industri pelancongan.
Para pengunjung memakai pelitup di Pantai Patong di Phuket, Thailand pada 14 Ogos 2021. (Gambar: Jack Taylor/AFP)
BANGKOK: Thailand bercadang membatalkan ujian saringan RT-PCR yang diwajibkan ke atas ketibaan antarabangsa bermula Mei dalam usaha negara itu untuk memulihkan industri pelancongan.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata di bawah cadangan itu, para pelawat yang sudah menerima vaksin COVID-19 tidak lagi perlu menjalani saringan RT-PCT dan menempah hotel yang ditetapkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, katanya pelancong perlu melakukan ujian antigen kendiri di lapangan terbang.
Beliau berkata CCSA "pada dasarnya bersetuju" dengan langkah itu namun bergantung kepada kelulusan.
"CCSA akan menyemak cadangan kelonggaran selepas cuti Songkran minggu depan," katanya selepas taklimat harian CCSA pada Jumaat (8 Apr).
Buat masa ini, di bawah program 'Test & Go' tanpa kuarantin, para pelawat perlu menempah hotel yang ditetapkan lebih awal serta melakukan saringan RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian ATK pada hari kelima.
Dr Taweesin berkata CCSA turut bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan perlindungan insurans kesihatan serta mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan semasa mendaftar untuk Pas Thailand.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata mulai Mei juga kerajaan Thailand akan melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi ketibaan pelancong yang menggunakan laluan darat dan udara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.