Skip to main content

Dunia

Thailand bubarkan parlimen; pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand membubarkan Parlimennya pada Isnin (20 Mac) sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya pada Mei nanti.

Dekri itu diterbitkan Warta Diraja Thai yang mendapat sokongan Raja Maha Wajiralongkorn.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha pada Jumaat lalu (17 Mac) mengarahkan pembubaran Dewan Perwakilan Thai dengan penggal empat tahunnya bakal berakhir pada Khamis ini (23 Mac).

Pilihan Raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran tersebut.

Tarikh tepat bagi pilihan raya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan diterbitkan dalam Warta Diraja.

Encik Prayut akan sekali lagi bertanding bagi jawatan Perdana Menteri meskipun perlembagaan Thailand mengehadkan penggalnya kepada dua tahun saja.

Para pengamat berkata Encik Prayut sudah kurang popular sejak rampasan kuasa junta pada 2014.

Kali terakhir pilihan raya diadakan di Thailand adalah pada 24 Mac 2019, dengan pemimpin junta Jeneral Prayut, calon daripada Parti Palang Pracharat ketika itu, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau melakukan rampasan kuasa pada 2014 untuk merampas kuasa daripada kerajaan Yingluck Shinawatra yang dipilih secara demokratik.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita