Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand bertungkus lumus padam kebakaran hutan di Nakhon Nayok

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand bertungkus lumus padam kebakaran hutan di Nakhon Nayok

Gambar: Jabatan Pencegahan & Mitigasi Bencana Thailand (DDPM)

BANGKOK: Kebakaran memusnahkan lebih 170 hektar hutan di wilayah Nakhon Nayok, Thailand ketika pihak berkuasa bertungkus lumus mengawal kebakaran yang berlaku sejak Selasa malam (28 Mac).

Media melaporkan bahawa kebakaran bermula di gunung Khao Chaplu dan merebak ke Khao Laem di wilayah Nakhon Nayok, 114 kilometer timur laut Bangkok.

Angin kencang dan cuaca panas menyebabkan kebakaran merebak ke gunung Khao Wangree, gunung Khao Tabak dan gunung Khao Nang Dam.

Jabatan Pencegahan & Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) memaklumkan enam helikopter dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran itu.

“Hari ini, dron akan dikerahkan untuk memantau kebakaran dan mengenal pasti tompok panas. Ini akan memudahkan pasukan bomba dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan.

“Helikopter akan menggugurkan air di kawasan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu (1 Apr), DDPM menerusi 175 penerbangan menggugurkan sejumlah 190,000 liter air bagi membantu memadamkan kebakaran hutan.

DDPM menambah bahawa beratus-ratus anggota bomba, tentera dan sukarelawan dikerahkan untuk memadamkan kebakaran hutan dan mengelak api merebak ke kawasan pertanian dan rumah penduduk tempatan.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan bomba sedang mewujudkan penghadang api dalam usaha mengelakkan kebakaran merebak ke taman negara tertua Thailand, Taman Negara Khao Yai.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan