Thailand bersiap sedia hadapi gelombang baru COVID-19
Sebuah kedai di pasar hujung minggu Chatuchak di Bangkok pada 17 Mei 2020. (Gambar: Candida Ng/AFP)
BANGKOK: Sedang jumlah kes COVID-19 terus meningkat, Thailand mempertingkatkan lagi tahap kesiapsiagaannya bagi mengharungi gelombang baru jangkitan virus tersebut.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand melaporkan sebanyak 8,511 kes baru COVID-19 dan 12 kematian, membawa jumlah terkumpul sebanyak 2,269,550 kes dan 21,825 kematian setakat ini.
Jumlah kes COVID-19 meningkat dengan mendadak sepanjang tempoh enam hari berturut-turut.
Untuk mengawal jumlah jangkitan yang semakin meningkat di Bangkok, Pentadbiran Bandar Raya Utama Bangkok (BMA) akan membuka 41 kemudahan pengasingan masyarakat dengan katil untuk menampung sekitar 5,100 pesakit secara keseluruhannya.
Selain itu, Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang mengarahkan kesemua 50 pejabat daerah untuk mengetatkan lagi sekatan di tempat-tempat berisiko, termasuk pusat-pusat hiburan.
"Untuk membendung penularan varian Omicron yang mudah berjangkit, pejabat-pejabat bandar sudah diarahkan untuk menubuhkan Pusat-Pusat Operasi Kecemasan untuk memantau keadaan Omicron di Bangkok," katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam turut menggesa para penduduk supaya mendapatkan suntikan dos penggalak.
Pejabat Kesihatan Nonthaburi kini menawarkan suntikan ketiga dan keempat dos penggalak COVID-19 secara percuma kepada sebilangan penduduk Thailand pada 13 dan 14 Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.