Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand beri lebih banyak kelonggaran COVID-19 bagi pelawat

Pelawat ke Thailand kini tidak lagi perlu menunjukkan bukti sudah lengkap divaksin serta keputusan ujian pantas COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Pelawat ke Thailand kini tidak lagi perlu menunjukkan bukti sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk memasuki negara itu mulai bulan depan.

Pelawat juga tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian pantas COVID-19 semasa ketibaan, antara langkah yang diambil untuk melonggarkan sekatan COVID-19 serta mempromosikan perjalanan dan juga perniagaan.

Jurucakap Pusat bagi Pentadbiran Situasi COVID-19, Dr Taweesin Visanuyothin berkata memandangkan situasi pandemik itu semakin baik, Thailand akan menamatkan darurat seluruh negara, yang dilaksanakan pada 24 Mac 2020 bagi membendung penularan COVID-19, pada 30 September ini.

Beliau berkata pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan, tidak perlu dikuarantin.

“Kedudukan COVID-19 akan diturunkan daripada penyakit berjangkit berbahaya kepada penyakit berjangkit dalam pengawasan” mulai 1 Okt,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata CCSA akan dibubarkan dan menamatkan peranannya dalam membendung COVID-19.

Thailand menyasarkan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini, dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember. 

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 752 kes COVID-19 dengan sembilan kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 4,677,090 dan 32,692 kematian.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan