Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand bergelut kawal tumpahan minyak sebelum sampai ke tepi pantai

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand bergelut kawal tumpahan minyak sebelum sampai ke tepi pantai

(Gambar: Royal Thai Navy/AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2022 06:10PM Dikemas Kini : 27 Jan 2022 06:21PM

THAILAND: Pihak berkuasa Thailand sedang mengejar masa untuk mengawal tumpahan minyak di perairan timur negara itu.

Pencemaran minyak itu mengancam pantai-pantai dan ekosistem di wilayah Rayong, yang merupakan daya tarikan bagi pelancong.

Dianggarkan sebanyak 400,000 liter minyak mentah sudah pun mengalir ke Teluk Thailand akibat kebocoran paip minyak pada petang Selasa (25 Jan).

Syarikat Star Petroleum Refining, yang mengendalikan paip itu, menyatakan kebocoran tersebut sudah dapat dihentikan pada Rabu (26 Jan).

Tumpahan minyak itu dikesan sekitar 30 kilometer dari kawasan tepi pantai. 

Para nelayan sudah dinasihati supaya jangan mendekati kawasan terjejas sedang pihak tentera laut dan beberapa agensi kerajaan Thai menjalankan operasi bagi membersihkan tumpahan minyak tersebut. 

Menurut pihak berkuasa, tumpahan minyak itu seharusnya dikawal sebelum ia sampai ke tepi pantai. 

Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa tiada kerosakan besar dilaporkan ke atas kehidupan marin sejauh ini. 

Kerja-kerja pembersihan juga dijangka selesai hari ini (27 Jan). 

Sungguhpun demikian, insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengendali pelancongan di pulau Koh Samet yang terletak berdekatan kawasan terjejas. 

Persatuan Pelancongan Thai berharap tumpahan minyak besar yang berlaku pada 2013 tidak akan berulang, memandangkan pencemaran tersebut mengambil masa selama beberapa tahun untuk dibersihkan.

Sumber : Agensi berita/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan