Thailand benarkan penduduk jual, tanam ganja bagi tujuan perubatan

(Gambar: Sakchai Lalit/AP)
BANGKOK: Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama membenarkan penjualan dan amalan menanam ganja, mulai hari ini (9 Jun).
Malah, kementerian kesihatan Thai mengagihkan 1 juta benih ganja sejak semalam (8 Jun).
Kerajaan Thai bagaimanapun menegaskan, pihaknya hanya menggalakkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan saja.
Mereka yang menggunakan ganja di khalayak ramai di Thailand bagaimanapun boleh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda AS$780 (S$1,072).
Menteri Kesihatan Thai juga melihat potensi ekonomi kepada langkah melonggarkan peraturan berhubung ganja itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.