Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand batalkan rancangan yuran S$11 kepada para pelancong udara

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand batalkan rancangan yuran S$11 kepada para pelancong udara

Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin. (Gambar: Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

BANGKOK: Thailand membatalkan rancangan untuk mengenakan bayaran 300 baht (S$11) kepada para pelawat yang ke negara itu melalui pengangkutan udara.

Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin mengumumkan keputusan kerajaannya itu semasa lawatan ke Chiang Mai pada Sabtu lalu (8 Jun).

Jabatan Perhubungan Awam Pemerintah Thailand menyatakan ia dibatalkan atas alasan ia dapat mendorong perbelanjaan pelancong dalam bidang-bidang lain, justeru merancakkan lagi ekonomi negara.

Kerajaan Thailand sebelum ini meluluskan yuran kontroversi itu pada Februari tahun lalu.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand pada ketika itu menyatakan dana yang terkumpul "akan digunakan untuk menguruskan dan membangunkan sektor pelancongan".

Menurut Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan Thailand, bayaran tersebut bagaimanapun menerima tentangan daripada sektor swasta.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Thailand telah memperhebatkan usaha untuk merancakkan industri pelancongan di negara itu.

Pada bulan lalu, kerajaan Thailand meluluskan tempoh tinggal visa yang lebih lama bagi para pelancong, pelajar pascasiswazah dan pekerja yang bertugas dari jauh, dan syarat-syarat visa yang lebih baik untuk para pesara.

Mulai bulan ini, para pelawat dari 93 buah negara akan dibenarkan untuk tinggal di negara tersebut bagi tempoh 60 hari. Jumlah itu meningkat daripada 57 negara yang dicatatkan sebelum ini.

Malah, lebih ramai lagi akan layak mendapatkan visa Thai sebaik sahaja mereka tiba di negara tersebut.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan