Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand bakal sambut ketibaan 70 pelancong yang jalani kuarantin di resort mewah

Thailand akan menyambut sekumpulan pelancong antarabangsa yang memilih untuk menjalani ‘kuarantin vila’ di sebuah hotel mewah di pulau peranginan Phuket pada Ahad ini (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand bakal sambut ketibaan 70 pelancong yang jalani kuarantin di resort mewah

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Feb 2021 10:48PM Dikemas Kini : 17 Feb 2021 10:51PM

BANGKOK: Thailand akan menyambut sekumpulan pelancong antarabangsa yang memilih untuk menjalani ‘kuarantin vila’ di sebuah hotel mewah di pulau peranginan Phuket pada Ahad ini (21 Feb).

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kumpulan pertama daripada 70 pelancong itu dijadualkan tiba di Phuket dengan penerbangan sewa khas dari Indonesia pada Ahad ini.

Katanya, pelancong berkenaan akan menjalani kuarantin wajib di resort mewah bertaraf lima bintang, Sri Panwa di pulau berkenaan.

"Pelancong akan menginap di vila lima hari pertama kuarantin dan kemudian mereka boleh meninggalkan vila untuk melakukan aktiviti luar di dalam kawasan vila," katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini (17 Feb).

Media tempatan melaporkan pelancong berkenaan termasuk dari Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, Ukraine, Perancis dan Denmark yang melancong menggunakan pesawat sewa khas berulang kali menjalani ujian saringan COVID-19 di negara-negara yang dikunjungi.

“Sekiranya, kuarantin vila terbukti berjaya, Thailand akan menjadi destinasi pelancongan di dalam normal baru," katanya.

Untuk meningkatkan industri pelancongannya, Thailand melancarkan pelbagai inisiatif termasuk menawarkan resort golf sebagai pusat kuarantin selain menawarkan visa jangka panjang khas untuk menarik kedatangan pelancong.

Pada tahun lepas, negara itu menerima hanya 6.7 juta kedatangan pelancong asing, berbanding hampir 40 juta pada 2019.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan 175 kes baru COVID-19 dengan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 24,961 kes dan 82 kematian.

Thaweesilp berkata daripada 175 kes baru itu, 168 adalah penularan tempatan yang merangkumi 114 dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 54 kes dirawat di hospital dan tujuh kes diimport.

"Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 71 kes baharu dikesan melalui kluster baru di Pathum Thani, yang mempunyai kaitan dengan tiga pasar segar di wilayah ini," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan