Thailand bakal buka klinik di Bangkok untuk pesakit COVID-19 dengan kesan jangka panjang
(Gambar: Tuwaedaniya Meringing/AFP)
BANGKOK: Thailand akan membuka perkhidmatan klinik ‘long COVID-19’ di Bangkok minggu depan bagi menyokong dan menyediakan rawatan untuk pesakit COVID-19 yang mengalami kesan jangka panjang.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Tetap Pentadbiran Bangkok (BMA), Khachit Chatchavanich berkata sembilan klinik COVID-19 akan dibuka di hospital mulai Isnin (9 Mei).
“Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID-19 selama lebih sebulan dan mengalami gejala berlarutan akan menerima rawatan yang menumpukan kepada pemantauan simptom mereka,” katanya.
Beliau berkata rawatan yang diberikan berdasarkan keutamaan.
Sembilan klinik itu akan dibuka di setiap hospital, sekali seminggu pada hari dan slot masa yang berbeza dan dikendalikan pengamal am, jururawat dan ahli terapi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan pesakit yang menghidap COVID-19 pulih sepenuhnya.
Bagaimanapun, bukti menunjukkan kira-kira 10 hingga 20 peratus orang mengalami pelbagai kesan sampingan untuk jangka masa sederhana dan panjang selepas pulih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.