Thailand alami cuaca sejuk, suhu cecah 3 darjah Celsius di kawasan utara
Thailand sedang berdepan cuaca sejuk dengan penurunan suhu ketara sehingga tiga darjah Celsius di kawasan utara, lapor portal berita Nation Thailand.
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Thailand sedang berdepan cuaca sejuk dengan penurunan suhu ketara sehingga tiga darjah Celsius di kawasan utara, lapor portal berita Nation Thailand.
Menurut Jabatan Meteorologi, suhu di timur laut juga dijangka turun serendah 14 darjah Celsius.
Pada masa yang sama, cuaca lebih sejuk pada sebelah pagi diramalkan di Bangkok.
Ramalan cuaca bagi tempoh 24 jam akan datang menjangkakan kawasan utara Thailand akan mengalami cuaca sejuk hingga dingin pada waktu pagi dengan suhu merosot antara satu hingga tiga darjah Celsius, lapor BH Online.
Hujan turut dijangkakan di beberapa kawasan, terutama di bahagian utara dan timur laut, disebabkan sistem tekanan tinggi yang sedang berlaku, termasuk angin dari Myanmar yang akan menjadikan cuaca lebih sejuk.
Sementara itu, kawasan selatan akan menyaksikan pengurangan hujan, bagaimanapun hujan lebat masih diramal berlaku di kawasan seperti Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat.
Menurut BH Online, monsun timur laut di atas Teluk Thailand dan Laut Andaman dijangka berterusan, dengan angin serta ombak sederhana.
Para penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutama kumpulan petani di utara, kerana cuaca sejuk boleh menjejaskan tanaman.
Selain itu, orang ramai di kawasan selatan diminta peka terhadap risiko banjir kilat dan kenaikan paras air, terutama berhampiran lereng bukit dan kawasan rendah, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.