Tetamu majlis di Indonesia seronok bawa pulang sayur segar sebagai 'berkat kahwin'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: kamaniya.organizer/TikTok
JAKARTA: Satu rakaman video tular di media sosial Indonesia apabila ia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menjadikan sayur-sayuran sebagai 'berkat kahwin' untuk dibawa pulang para tetamu.
Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer pada Jumaat (15 Sep).

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan 'berkat' berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.
Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.
Tetamu majlis itu dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka.
Pengurusan majlis itu malah menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Si suami mesti memilih sayur sesuai pesanan isterinya,” komen seorang netizen.
“Ibu saya mesti seronok kalau pergi ke sana,” komen netizen lain.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.