Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tetamu kenamaan luar negara termasuk SM Lee serikan Istiadat Pertabalan Agong ke-17 Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Tetamu kenamaan luar negara termasuk SM Lee serikan Istiadat Pertabalan Agong ke-17 Malaysia

(Gambar: HASNOOR HUSSAIN / POOL / AFP)

KUALA LUMPUR: Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim dan Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara disambut barisan kawalan kehormatan.

Yang di-Pertuan Agong mengenakan pakaian istiadat diraja Melayu khas untuk upacara bersejarah itu.

Istiadat pertabalan lebih sejam yang berlangsung di baIairung seri dihadiri Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri Malaysia dan anggota kabinet beliau.

Sultan Brunei dan Raja Bahrain merupakan kalangan diraja yang hadir.

Tetamu kenamaan luar negara yang diundang termasuk Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong.

SM Lee yang akan hadir untuk majlis santapan diraja kini berada di Malaysia bagi lawatan selama 4 hari.

Ia merupakan lawatan luar negara yang pertama oleh SM Lee setelah beliau mengundurkan diri sebagai perdana menteri.

Malaysia melaksanakan sistem beraja bergilir di mana sembilan Sultan dari negeri-negeri Malaysia berganti-ganti menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk penggal selama 5 tahun.

Istiadat pertabalan pada pagi Sabtu (20 Jul) bermula dengan penyampaian watikah oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, Yang di-Pertuan Agong berikrar untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Saya berharap kerajaan akan terus berusaha untuk meringankan beban hidup rakyat dan membangunkan negara dengan lebih maju dan makmur," kata Sultan Ibrahim.

Majlis santapan diraja berlangsung di Istana malam ini. Pelbagai acara telah diatur sepanjang minggu.

Ini termasuk kunjungan diraja ke hospital oleh Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan