Tetak leher ibu sendiri kerana 'bingit' bekas kekasih berkahwin
Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan ibu saudaranya setelah mendapat tahu bekas kekasihnya bakal berkahwin.

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)
BARITO TIMUR: Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan ibu saudaranya setelah mendapat tahu bekas kekasihnya bakal berkahwin.
Insiden itu berlaku semalam (18 Nov) semasa persiapan bagi majlis perkahwinan sedang berlangsung di rumah wanita berkenaan di Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Tengah.
Menurut laporan Tribunnews.com, lelaki yang dikenal pasti sebagai Syain Kadir atau Lin datang ke kediaman bekas teman wanitanya yang bertentangan dengan rumahnya secara tiba-tiba dengan membawa sebilah parang.
"Dia datang dalam keadaan marah-marah dan turut merosakkan pelamin. Lin juga melibas parang terbabit kepada sesiapa yang menghampirinya," kata Maslani, seorang saksi seperti yang dipetik oleh Tribunnews.com.
Gara-gara kecewa kerana bekas kekasihnya akan berkahwin, Lin kemudian kembali ke rumah dan menetak leher ibunya hingga hampir putus dan membunuh ibu saudaranya serta mencederakan adiknya.
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadanya kerana enggan menyerahkan diri.
Lin dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Tribunnews.com menukil Ketua Polis Barito Timur, Zulham Effendi, sebagai berkata kepada para wartawan bahawa pihaknya masih belum dapat mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.