Terusan Suez disekat kapal kargo besar
Sebuah kapal kontena tersekat di Terusan Suez setelah ditiup oleh angin kencang, menurut pengendali kapal itu pada Rabu (24 Mac. Kejadian itu menyebabkan pergerakan kapal di antara laluan perdagangan paling sibuk dunia itu tergendala.

(Gambar: Instagram/fallenhearts17)
DUBAI: Sebuah kapal kontena tersekat di Terusan Suez setelah ditiup oleh angin kencang, menurut pengendali kapal itu pada Rabu (24 Mac. Kejadian itu menyebabkan pergerakan kapal di antara laluan perdagangan paling sibuk dunia itu tergendala.
Lalu lintas di terusan air yang sempit yang memisahkan benua Afrika dan Semenanjung Sinai tersekat pada Selasa selepas kapal MV Ever Given terkandas di situ.
MV Ever Given merupakan sebuah kapal kontena dari Panama sepanjang 400 meter dan seluas 59 meter, dengan pemiliknya berdaftar di Jepun.
Syarikat Evergreen Marine Corp dari Taiwan yang menyewakan kapal itu untuk tempoh masa tertentu berkata pemilik kapal itu memaklumkan kepadanya bahawa kapal itu "dipercayai dipukul angin kencang secara tiba-tiba, menyebabkan badan kapal itu menyimpang dari terusan air lalu melanggar bahagian bawah dan tersekat".
"Syarikat itu menggesa pemilik kapal melaporkan punca kejadian dan sedang berbincang dengan pihak-pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa pengurusan terusan supaya membantu kapal itu dengan segera."
Bloomberg melaporkan kejadian itu menyebabkan lebih 100 kapal terhalang daripada melintasi terusan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.