Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terserah kepada MT UMNO tangguh atau laksana pemilihan parti, dedah Ismail Sabri

Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini atau menangguhkannya sehingga tempoh 18 bulan, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob. 

Anggaran Waktu Membaca:
Terserah kepada MT UMNO tangguh atau laksana pemilihan parti, dedah Ismail Sabri

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 02:49PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 02:50PM

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini atau menangguhkannya sehingga tempoh 18 bulan, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata mengikut perlembangaan parti, pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun selepas tempoh matang kepimpinan parti tamat.

"Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan oleh MT. Tempoh matang bagi kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021, namun terserah kepada MT jika mahu tangguhkan pemilihan," katanya.

Encik Ismail Sabri berkata demikian di sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pharmaniaga Bhd dan Universti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini (9 Apr).

Pemilihan UMNO 2021 sepatutnya diadakan tahun ini, namun terus menjadi tanda tanya apabila terdapat dua pandangan dalam kalangan kepimpinan parti yang mahu ia ditangguhkan dan yang menggesa dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Februari lalu, Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini namun beliau tidak menetapkan tarikh pemilihan parti akan berlangsung. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan