Skip to main content

Dunia

Terpahat memori istimewa Mahathir pada masjid ikonik Papua New Guinea

Dr Mahathir Mohamad mengakhiri kunjungan beliau ke Port Moresby hari ini dengan melawat Masjid Hohola, masjid serba guna pertama yang dibina di Papua New Guinea.

Anggaran Waktu Membaca:
Terpahat memori istimewa Mahathir pada masjid ikonik Papua New Guinea

Dr Mahathir Mohamad melawat Masjid Hohola. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Nov 2018 09:28PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 09:35PM

PORT MORESBY: Dr Mahathir Mohamad mengakhiri kunjungan beliau ke Port Moresby hari ini dengan melawat Masjid Hohola, masjid serba guna pertama yang dibina di Papua New Guinea.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata perdana menteri adalah penyebab kepada pembinaan masjid itu pada 2001, yang dibangunkan di atas sebidang tanah sumbangan kerajaan Papua New Guinea kepada sebuah persatuan Islam setempat.

Bercakap kepada media Malaysia, beliau berkata dana bagi pembinaan masjid itu disumbangkan oleh beberapa pertubuhan, iaitu Majlis Da'wah Islamiah Serantau bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, pertubuhan Islam di Indonesia, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu.

"Apa yang menarik adalah tanah itu pada asalnya ditawarkan kepada Dr Mahathir atas tujuan pembinaan masjid pertama di Papua New Guinea.

"Bagaimanapun, Dr Mahathir, dengan cara beliau yang sentiasa merendah diri, tidak mahu masjid itu dibina oleh beliau atau dinamakan sempenanya, lalu sebaliknya mencadangkan supaya masjid itu dibina oleh Persatuan Islam Papua New Guinea."

Dr Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksons di Port Moresby pada 5.30 petang (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur malam ini.

Dr Mahathir dan pemimpin lain berada di sana untuk menghadiri Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita