Skip to main content

Dunia

Terowong rahsia ditemui di bawah rumah ibadat Yahudi di New York

Anggaran Waktu Membaca:
Terowong rahsia ditemui di bawah rumah ibadat Yahudi di New York

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 11 Jan 2024 07:29AM Dikemas Kini : 11 Jan 2024 07:30AM
WASHINGTON: Lebih 10 penganut Yahudi mahzab Hasidik telah ditahan selepas terlibat dalam pertempuran dengan polis di sebuah saumaah (rumah ibadat Yahudi) bersejarah di New York, lapor Agensi Berita Anadolu pada Selasa (9 Jan).

Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) menemui terowong yang dibina secara haram di bawah Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di Crown Heights, Brooklyn.

NYPD telah melancarkan siasatan. Bagaimanapun, motif penggalian terowong di bawah rumah ibadat Yahudi itu masih tidak jelas.

Sementara itu, video yang tular di platform media sosial X menunjukkan ahli ‘synagogue’ keluar dari terowong dengan pergelutan berlaku ketika mereka mengelak daripada ditahan polis.

Beberapa tilam juga ditemui di dalam terowong.

Jurucakap Chabad Lubavitch menerusi hantaran di X berkata sekumpulan pelajar pelampau pernah memecah beberapa dinding di hartanah bersebelahan dengan ‘synagogue' untuk memberi mereka laluan ke rumah ibadat itu walaupun tidak dibenarkan.
 
Sumber : AGENCIES/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita