Skip to main content

Dunia

Terminal feri antarabangsa terbaru - Desaru Coast - akan hubungkan Johor-S'pura-Indonesia

Desaru Coast - destinasi santai dan perniagaan terbaharu Malaysia, akan turut menyediakan kemudahan terminal feri antarabangsa yang dibuka pada tahun depan dan menghubungkan Johor dengan Singapura serta Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Terminal feri antarabangsa terbaru - Desaru Coast - akan hubungkan Johor-S'pura-Indonesia

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Jan 2020 12:16AM Dikemas Kini : 11 Jan 2020 12:22AM

NEW DELHI: Desaru Coast - destinasi santai dan perniagaan terbaharu Malaysia, akan turut menyediakan kemudahan terminal feri antarabangsa yang dibuka pada tahun depan dan menghubungkan Johor dengan Singapura serta Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Roslina Arbak, berkata terminal yang akan dibuka dalam suku pertama 2021 juga dijangka mengendalikan 3,000 kedatangan pada tahun pertama operasinya.

"Terminal Feri Desaru Coast ini akan menghubungkan Johor dengan Singapura. Kami juga telah membuat permohonan untuk menghubungkan terminal ini dengan kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.

“Ia merupakan pintu masuk terbaharu ke Malaysia dan lengkap dengan kemudahan imigresen, kastam dan kuarantin,” kata Cik Roslina kepada Bernama.

Menurut beliau lagi, terminal feri itu adalah sebahagian daripada pembangunan fasa kedua projek Desaru Coast bernilai berbilion dolar yang turut membabitkan pembinaan pusat beli-belah, pangsapuri servis serta sekolah, katanya.

Pembangunan projek menerusi beberapa fasa itu meliputi kawasan seluas 3,900 ekar di sepanjang pesisiran pantai sejauh 17 kilometer dan berdepan dengan Laut China Selatan.

Desaru Coast dilancarkan pada 2012 dan dipromosikan sebagai destinasi percutian premium Asia Tenggara yang dilengkapi dengan hotel mewah serta kemudahan penganjuran acara dan persidangan.

Kemudahan seperti dua padang golf, tiga hotel dan taman air Desaru Coast Adventure Waterpark sudah beroperasi manakala satu lagi hotel akan dibuka tidak lama lagi, kata Cik Roslina.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita